Anda di sini

Tempoh operasi MPS minta dipanjangkan

Advertisement
CALVIN ketika melakukan lawatan ke Kaunter Pembayaran MPS di Pasar Kim Fung, baru-baru ini.
CALVIN ketika melakukan lawatan ke Kaunter Pembayaran MPS di Pasar Kim Fung, baru-baru ini.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura meminta agar tempoh operasi Kaunter Pembayaran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Pasar Kim Fung, Batu 4 di sini dipanjangkan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan.

Ketika ini, kaunter pembayaran berkenaan dibuka sehingga jam 2 pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Waktu operasi yang pendek itu dilihat menyukarkan pelanggan untuk berurusan dan membuat bayaran bil di bawah MPS.

"Saya difahamkan, tempoh operasi kaunter hanya sehingga jam 2 petang kerana kakitangan bertugas perlu mengira duit dan memasukkannya ke bank selepas itu.

"Kita faham akan situasi ini, tetapi tempoh operasi itu terlalu pendek. Kita meminta agar pihak MPS memanjangkan tempoh operasi sehingga jam 3 petang," katanya ketika melawat Kaunter Pembayaran MPS di Pasar Kim Fung, baru-baru ini.

Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan di kaunter itu termasuk pembayaran lesen pasar, cukai pintu, SES tanah, kompaun anti kutu sampah dan yuran plan bangunan.

  • oleh
  • Advertisement