Anda di sini

Rumah, kedai runcit dan kereta musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba dan Pasukan Bomba Sukarela semasa melakukan operasi pemadaman api.
ANGGOTA bomba dan Pasukan Bomba Sukarela semasa melakukan operasi pemadaman api.

KENINGAU: Sebuah rumah, kedai runcit dan kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Bahagia Nabawan, di sini pagi Sabtu.

Penolong Penguasa Bomba Mudi Pangeran berkata, kejadian jam 9.22 pagi itu membabitkan rumah tidak kekal seluas 60X40 kaki persegi dan kedai runcit 15X10 kaki persegi.

Katanya 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dengan dibantu tiga Pasukan Bomba Sukarela melakukan pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.

“Sebuah kerete turut musnah dalam kejadian ini bagaimanapun tiada kecederaan yang dilaporkan.

“Api dapat dipadam jam 10.25 pagi dan operasi keseluruhan tamat jam 11.10 pagi,” katanya.

Beliau berkata, punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

  • oleh
  • Advertisement