Anda di sini

Rakyat Sepanggar tidak perlu bimbang catuan air

Advertisement
AZHAR menunjukkan kebolehan membuat penjaram.
AZHAR menunjukkan kebolehan membuat penjaram.

KOTA KINABALU: Makluman gangguan air selama dua bulan di kawasan sekitar Sepanggar dan Karambunai yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diharapkan tidak memberikan kebimbangan kepada masyarakat.

Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Azhar Datuk Mattusin berkata, catuan yang dilakukan adalah disebabkan oleh aktiviti pembangunan dan kerja-kerja tanah.

"Apabila kerja-kerja itu terlalu agresif dilakukan, ia menyebabkan air keruh terutamanya di kawasan bandar yang akan menjejaskan pam-pam air yang mempunyai jangka hayat pendek.

"Apa yang dilakukan sekarang ini ialah kerja-kerja penaiktarafan dan kerja penambahan pasir penapis Loji Rawatan Air Telibong II.

"Mereka tidak akan terus potong dalam tempoh dua bulan, tetapi akan dilakukan secara berperingkat, mungkin akan ada sedikit kekurangan bekalan air.

"InshaAllah ia tidak seteruk seperti yang digembar-gemburkan kerana kerja-kerja ini dilakukan untuk kebaikan semua dan itulah usaha kerajaan yang ada pada hari ini,"katanya.-Penerangan.

Advertisement