Anda di sini

Status Musa: Serah kepada kebijaksanaan polis

Advertisement
AZIS dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mendengar maklumat yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
AZIS (dua kiri) dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mendengar maklumat yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.

TAWAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman menyerahkan kepada kebijaksanaan polis berhubung status terkini bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Hj Aman yang disenaraikan di dalam senarai orang dikehendaki.

Kenyataan itu diberikan susulan pengesahan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bahawa polis sudah menyerahkan notis merah kepada Interpol selain pihak berkuasa di United Kingdom berkaitan Musa.

“Saya sudah dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara bahawa notis merah sudah dikeluarkan dan beliau (Musa) sudah dimasukkan ke dalam senarai orang dikehendaki.

“Ketua Polis Negara juga memberitahu saya bahawa belum sampai masanya untuk kita menghantar anggota ke sana (United Kingdom),” katanya, di sini hari ini.

Azis berkata pandangannya cukup jelas berkaitan status Musa dan menyifatkan sekiranya bekas Ketua Menteri itu yakin tidak bersalah, maka pemimpin itu sepatutnya balik ke Sabah dan memberikan kerjasama kepada polis.

  • oleh
  • Advertisement