Anda di sini

Pemimpin Sabah sambut baik pelantikan Richard

Advertisement

KOTA KINABALU: Pemimpin negeri ini menyambut baik pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuatkuasa Rabu.

Malanjum, 65, menerima surat pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu majlis, bertempat di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini, malam Rabu.

Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (gambar) berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan-Warisan, "kita kini mula melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sahaja dihormati tetapi juga dilaksanakan.

MADIUS Tangau
 

"Malah di Sabah kita merasakan bahawa kita benar-benar dianggap sebagai rakyat Malaysia, rakan kongsi yang sama dalam Persekutuan berdasarkan MA63, dan benar-benar dalam proses era Borneonisasi," katanya.

Bagi pihak Upko dan setiap Momogun khususnya dan semua warga Sabah dalam secara keseluruhan, beliau mengucapkan tahniah kepada Richard atas pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

"Tan Sri Richard Malanjum adalah orang pertama dari Malaysia Timur mengambil tanggungjawab penting dan berprestij ini," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdangangan dan Perindustrian.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pelantikan Richard adalah wajar dan membanggakan Momogun dan juga rakyat Sabah.

"Beliau akan berkhidmat dengan baik dalam jawatan badasarkan pengalaman bertahun-tahun dalam undang-undang dan kehakiman," kataya.

Beliau berkata, penerimaan Richard terhadap pelantikan dan tanggungjawab baharu itu menunjukkan komitmennya untuk berkhidmat kepada orang awam dan sistem mahkamah, dan seterusnya akan memenuhi janji perlembagaan serta keadilan untuk semua.

"Sepanjang kariernya, Tan Sri telah diiktiraf dan dihormati komitmennya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang serta melindungi integriti perlembagaan," katanya.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew berkata sudah tiba masanya seorang rakyat Malaysia Timur dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, satu fakta yang sudah tentu berdasarkan merit.

"Richard adalah orang yang tepat untuk tugas ini," katanya dan menambah, hakim kelahiran Tuaran itu layak dan dikenali telah memulakan banyak program untuk badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, seperti mahkamah bergerak di Sabah.

CHRISTINA Liew
CHRISTINA Liew

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, Richard telah membantu rakyat (penduduk pribumi) yang tinggal jauh dari bandar untuk mengeluarkan sijil dan kad pengenalan serta dokumen lain.

"Beliau juga telah memulakan pendengaran mahkamah antara Mahkamah Tinggi Sandakan-Tawau-Kota Kinabalu melalui persidangan video," katanya yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

"Tan Sri Richard sangat bijak dalam pendekatannya dalam menangani kes-kes. Bagi pihak PKR, kami mengucapkan tahniah atas pelantikannya," katanya.

Richard, bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, menggantikan Tun Md Raus Sharif yang akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara, berkuatkuasa 31 Julai.

  • oleh
  • Advertisement