Anda di sini

Subversif: Aktivis demokrasi China kena penjara13 tahun

Advertisement
 Gambar fail 17 November, 1993 menunjukkan Qin bercakap pada sidang media di Beijing. — Gambar AFP
KENA PENJARA: Gambar fail 17 November, 1993 menunjukkan Qin bercakap pada sidang media di Beijing. — Gambar AFP

BEIJING: Seorang aktivis politik terkemuka di China telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun semalam, sebuah mahkamah di tengah China berkata.

Qin Yongmin dijumpai “bersalah atas tuduhan subversif ke atas kuasa kerajaan”, kata Mahkamah Perantaraan Rakyat Kota Wuhan dalam laman sesawang rasminya.

Menurut rekod mahkamah, ia dipercayai hukuman paling berat yang dijatuhkan di China bagi “subversif” sejak 15 tahun lalu.

Aktivis berusia 64 tahun itu, yang pertama kali dipenjara sebagai seorang “anti pejuang revolusi” dari 1981-1989, sudah menghabiskan masa keseluruhan 22 tahun di dalam penjara.

Pada waktu beliau ditangkap pada Januari 2015, Qin menjadi ketua kumpulan prodemokrasi ‘China Human Rights Watch’ yang mengedar dalam talian kenyataan yang mengecam dasar kerajaan, selain kumpulan perbincangan terancang.

Qin “enggan bekerjasama dengan mahkamah” dan senyap sahaja sewaktu perbicaraannya pada Mei lalu, kata peguamnya Lin Qilei.

Seorang lagi peguamnya, Liu Zhengqing, memberitahu AFP bahawa dia “kecewa” dengan hukuman itu dan “marah dengan rejim penyangak” di China.

“Kami sudah tentu akan mengemukakan rayuan,” katanya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Liu Xia, balu penentang yang memenangi anugerah Nobel dari China, Liu Xiaobo, dibenarkan untuk meninggalkan China dan pergi ke Jerman.

Walaupun tidak menghadapi sebarang pertuduhan, penyajak berusia 57 tahun itu telah mengalami sekatan yang ketat ke atas pergera-kannya sejak 2010 apabila suaminya memenangi Hadiah Keamanan Nobel – anugerah yang menimbulkan kemarahan Beijing.

Liu Xiaobo, seorang vete-ran dari protes Dataran Tiananmen pada 1989, me-ninggal dunia pada tahun lepas ketika menjalani hukuman penjara selama 11 tahun, juga kerana “subversif”.

“Ia mengejutkan untuk melihat hukuman yang begitu berat dikenakan ke atas seorang aktivis veteran yang hanya menggunakan kebebasan ekspresinya hanya sehari sahaja selepas kita melihat sinar harapan dalam kes Liu Xia,” kata penyelidik Amnesty International China, Patrick Poon, kepada AFP.

“Ia mengingatkan kita bahawa kita tidak harus lupa aktivis yang kurang terkenal tetapi menghadapi gangguan dan hukuman berat,” ujar Poon.

Menurut pertuduhan, pendakwa raya memetik tulisan Qin mengenai demokrasi sebagai bukti, termasuk satu petikan di mana dia menyeru kepada belia di China untuk memperjuangkan perlin-dungan hak asasi manusia menurut perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (enam daripadanya sudah disahkan oleh China).

Aktivis veteran itu kali ter-akhir disabit kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara pada hujung 1998 selepas dia dan aktivis lain cuba mendaftar Parti Demokrasi China secara rasmi. Dia dibebaskan pada Disember 2010.

Kesatuan Eropah (EU) semalam mengkritik “situa-si hak sivil dan politik yang semakin merosot di China, yang diiringi penahanan dan pensabitan sejumlah pembela hak asasi manusia yang signifikan di China”.

Selepas Dialog Hak Asasi Manusia EU-China selama dua hari di Beijing, Eropah turut menyatakan Beijing telah menandatangani tetapi tidak mengesahkan Perjanjian Hak Sivil dan Politik Antarabangsa.

Dokumen inilah dipetik oleh Qin ketika dia cuba menubuhkan partinya pada 1998 tetapi menyebabkannya meringkuk dalam penjara.

Selepas dia dibebaskan, Qin berkata polis telah memberi amaran kepadanya untuk tidak bercakap kepada wartawan, manakala beberapa penyokongnya yang mahu berjumpa dengannya sudah hilang dan dipercayai berada dalam tahanan polis. — AFP

Advertisement