Anda di sini

Remaja lemas mandi bersama rakan ditemui

Advertisement

KAPIT: Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam sungai ketika mandi di Nanga Entawau Isnin lalu telah dijumpai ahli keluarganya pagi semalam.

Menurut maklumat daripada Balai Bomba Kapit, mangsa dipercayai terjatuh ketika menceduk air untuk mandi bersama dua rakannya di lokasi kejadian.

Mangsa dikenali sebagai Boniface Boll, 18, dikatakan baru balik dari tempat kerja sebelum berhasrat mandi di tepi sungai bersama dua rakan sekerjanya.

Ketua Balai Bomba Kapit PpgB Erwandy Tugor ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui lebih kurang 500 meter dari tempat mangsa terjatuh sekitar jam 7.55 pagi semalam.

“Difahamkan mangsa tergelincir ketika menceduk air dan mereka gagal menyelamatkannya,” jelas beliau

Katanya, dua rakan mangsa memaklumkan kepada pihak keluarga mangsa sebelum ayah mangsa membuat laporan polis sejurus selepas insiden itu.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement