Anda di sini

Program bersama komuniti diberi keutamaan

JUHAR (dua kiri) bersama Ahmad (kiri) dan tetamu jemputan lain menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim.
JUHAR (dua kiri) bersama Ahmad (kiri) dan tetamu jemputan lain menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim.

KOTA KINABALU: Inisiatif terhadap komuniti sentiasa menjadi keutamaan syarikat Repsol Oil & Gas Malaysia Limited di negeri ini.

Pengurus Perhubungan Pemegang Taruh syarikat berkenaan Ahmad Fakrurrazi Arshad berkata, usaha itu sebagai salah satu rancangan mampan operasi Repsol.

Katanya, kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan diperkukuh dalam melaksanakan program bersama komuniti.

"Program-program yang dianjurkan bersama komuniti bertujuan meningkatkan tahap sosio-ekonomi para golongan sasar.

"Pada masa sama, ia membantu Repsol mengeratkan lagi jalinan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Repsol Oil & Gas Malaysia Limited di sini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Ahmad Fakrurrazi berkata, menerusi majlis rumah terbuka itu, pihaknya berpeluang menyampaikan penghargaan kepada agensi kerajaan, NGO dan pemain industri yang banyak memberi sokongan dan kerjasama kepada operasi serta program komuniti Repsol.

Pada majlis itu, seramai 50 anak yatim dan kanak-kanak istimewa dari empat rumah kebajikan di sini dan Tuaran menerima sumbangan sempena Hari Raya.