Anda di sini

Pengalaman ngeri 12 remaja, jurulatih Thai berakhir

Advertisement
 Sekumpulan pelajar bersorak riang di hadapan hospital Chiang Rai Prachanukroh                                di mana 12 anggota pasukan bola sepak dan seorang jurulatih mereka yang diselamatkan dari  gua Tham Luang sedang dirawat, di utara wilayah Chiang Rai, Thailand semalam. — Gambar Reuters
GEMBIRA: Sekumpulan pelajar bersorak riang di hadapan hospital Chiang Rai Prachanukroh di mana 12 anggota pasukan bola sepak dan seorang jurulatih mereka yang diselamatkan dari gua Tham Luang sedang dirawat, di utara wilayah Chiang Rai, Thailand semalam. — Gambar Reuters

CHIANG RAI: Usaha dramatik untuk menyelamatkan 12 orang budak dari sebuah gua Thai yang dimasuki air menamatkan pengalaman ngeri selama dua minggu di mana kebanyakan mereka seakan-akan telah menempuhinya dengan ketahanan fizikal dan mental yang menakjubkan – sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Walaupun terperangkap selama berhari-hari dalam kegelapan sebuah ruang yang sempit dan sebahagiannya ditenggelami air, keada-an psikologi budak-budak terbabit “sangat bagus”, kata Thongchai Lertwilairatanapong, Inspektor Jeneral Kementerian Kesihatan Awam, kepada pemberita semalam, dan menambah mereka kini “bebas daripada tekanan”.

Penilaian yang positif itu mengejutkan memandangkan budak-budak terbabit dan jurulatih bola sepak mereka pada mulanya hidup selama lebih seminggu dalam keadaan gelap-gelita di atas belebas yang sempit – dan hari-hari yang berlalu diselubungi kelaparan dan kebimbangan bahawa mereka mungkin tidak akan dijumpai.

Apabila mereka akhirnya diselamatkan, ia melibatkan pengeluaran yang amat berbahaya – dibimbing satu per satu, menggunakan peralatan penafasan bawah air, menerusi beberapa bahagian dalam terowong sempit yang jauh dan ditenggelami air.  

Walaupun penilaian kesihatan adalah positif setakat ini, pakar berkata semua mereka perlu dipantau dengan ketat bagi tanda masalah psikologi yang mungkin memakan masa beberapa bulan untuk muncul.

“Perjalanan mereka belum lagi berakhir,” kata Jennifer Wild, seorang pakar psikologi klinikal di Pusat Trauma dan Masalah Kegelisahan Oxford.

“Ada kemungkinan selepas pengalaman sedemikian bahawa penunjuk yang sama akan membawa balik perasaan atau memori dari trauma itu … berada dalam kegelapan, berada dalam bilik ketika pintu ditutup, menjalani imbasan seperti MRI dan mungkin berenang,” kata Wild menerusi pangkalan data pakar Pusat Media Sains.

“Dalam tempoh beberapa minggu selepas pengalaman sedemikian, ia adalah lumrah bagi orang untuk mengalami imbasan semula, perasaan dan memori yang tidak diingini,” kata Wild, yang menambah sementara simptom sedemikian biasanya hilang selepas sebulan, ia mungkin masalah tekanan pasca tekanan traumatik (PTSD).

Budak-budak berkenaan dijangka ditahan di hospital selama seminggu Chiang Rai dan dikenakan pemantauan psikologi selama enam bulan.

Doktor berkata tempoh kuarantin selama seminggu perlu bagi memastikan mereka tidak mengalami sebarang jangkitan dari dalam gua, tetapi ibu bapa dibenarkan untuk melawat kumpulan pertama dengan mengenakan pakaian pelindungan kelmarin.

Tetapi selepas mereka disatukan semula sepenuhnya dengan keluarga mereka dan dibenarkan pulang dari hospital, pemulihan mereka akan sentiasa menjadi proses yang berterusan – terutamanya dalam jangka pendek.

“Mereka mungkin menjadi takut, suka melekat, atau gugup,” kata Andrea Danese, seorang pakar psikologi di Kolej King, London.

“Mereka mungkin takut untuk keselamatan mereka; mereka mungkin menjadi sangat muram atau mudah marah – atau sebaliknya, menjadi terasing atau kaku,” ujarnya.

Budak-budak berkenaan – semua anggota pasukan bola sepak yang sama – mungkin telah dibantu untuk mengharungi pengalaman mereka oleh hakikat bahawa mereka sudah pun menjadi satu unit dan bukan sekumpulan orang asing.

“Perkara penting adalah membantu satu sama lain, kembali ke sekolah dan pulang ke dalam masyarakat mereka,” kata Boonruang Triruangworawat, ketua pengarah Jabatan Kesihatan Mental di Kementerian Kesihatan Thai.

Wild menegaskan bahawa keremajaan dan semangat kolektif budak-budak terbabit juga mungkin telah memberikan kelebihan kepada mereka dari segi memproses apa yang mereka telah lalui. — AFP

Advertisement