Anda di sini

Pelbagai kaum ceriakan majlis rumah terbuka Aidilfitri BPHB

Advertisement
 Azharan (kiri), Maslihah (kanan) serta pengurus-pengurus kanan syarikat kumpulan BPHB merakam gambar kenangan semasa perasmian majlis rumah terbuka Aidilfitri BPHB.
UNTUK ALBUM: Azharan (kiri), Maslihah (kanan) serta pengurus-pengurus kanan syarikat kumpulan BPHB merakam gambar kenangan semasa perasmian majlis rumah terbuka Aidilfitri BPHB.
 Tetamu mengambil juadah disajikan penyedia makanan yang ditempah khas.
JUADAH RAYA: Tetamu mengambil juadah disajikan penyedia makanan yang ditempah khas.

MAJLIS Rumah Terbuka Hari Raya Syarikat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dirai penuh meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum termasuk agensi kerajaan, swasta, wakil media dan pelanggan-pelanggan pelabuhan di Dewan Serbaguna Taman Sri Pelabuhan, Sepait Kemena, baru-baru ini.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Terminal Kontena, Azharan Ramlee yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Dato Mohammad Medan Abdullah dengan upacara simboliknya memukul beduk.

 Kakitangan syarikat kumpulan BPHB menghiburkan tetamu.
HIBURAN: Kakitangan syarikat kumpulan BPHB menghiburkan tetamu.

Turut hadir, Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB merangkap pengerusi majlis Maslihah Tioh, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu serta pengurus-pengurus kanan kumpulan syarikat BPHB.

Selain disajikan dengan pelbagai juadah makanan, tetamu turut dihiburkan dengan beberapa aktiviti antaranya persembahan pentas hiburan lagu-lagu hari raya dan  sebagainya.

 Tetamu majlis rumah terbuka Aidilfitri BPHB memenuhi Dewan Serbaguna Taman Sri Pelabuhan.
PELBAGAI KAUM: Tetamu majlis rumah terbuka Aidilfitri BPHB memenuhi Dewan Serbaguna Taman Sri Pelabuhan.
 Mataip (dua kiri) bersama pengurus-pengurus kanan syarikat kumpulan BPHB menikmati jamuan yang disediakan.
MESRA: Mataip (dua kiri) bersama pengurus-pengurus kanan syarikat kumpulan BPHB menikmati jamuan yang disediakan.

Majlis itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan syarikat terbabit, ahli keluarga mereka, pengguna-pengguna pelabuhan, agensi kerajaan, swasta, media dan masyarakat pelbagai kaum di bahagian Bintulu.

  • oleh
  • Advertisement