Anda di sini

Pekerja am maut digilis lori

Advertisement
Mangsa maut di tempat kejadian
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. 

SARATOK: Seorang pekerja am yang terbabit dengan kerja-kerja memindah kabel dan tiang elektrik di kawasan tapak Lebuh Raya Pan Borneo maut digilis oleh sebuah lori yang dipandu oleh anak saudaranya.

Mangsa, Abang Othman Abang Subah, 70, dari Kampung Tengah Beladin, maut di lokasi kejadian apabila mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok, DSP Mordani Tanin berkata, kemalangan itu berlaku sekitar jam 1.30 petang di Kilometer 31 Jalan Betong-Sarikei, iaitu berhampiran dengan simpang Brayang.

"Berdasarkan siasatan awal, sebelum kejadian mangsa bersama dengan anak saudaranya yang juga merupakan pemandu lori terbabit, baharu sahaja sampai dari Beladin dan telah kehabisan minyak di lokasi berkenaan.

"Setelah menerima bekalan minyak yang dibawa oleh majikan, pemandu lori yang berusia 38 tahun, telah berusaha menghidupkan injin lori tetapi gagal. Majikan mangsa mengarahkan pemandu lori untuk mengawal lorinya, sementara dia sendiri menolak lori dari bahagian hadapan dan mangsa diarahkan untuk mengawal kenderaan yang datang dari arah belakang.

"Ketika lori terbabit berundur ke belakang, ia secara tiba-tiba ia terlanggar dan mengilis mangsa yang berada di bahagian kiri belakang lori berkenaan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 

  • oleh
  • Advertisement