Anda di sini

Masuk secara haram: Enam warga asing dipenjara empat bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Enam warga asing yang memasuki negara ini tanpa pas yang sah, dikenakan penjara empat bulan, oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Hakim Azreena menjatuhkan hukuman itu terhadap semua tertuduh, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imgiresen 1959/63.

Hukuman yang diperuntukkan, denda maksimum RM10,000 atau penjara selama lima tahun, atau kedua-duanya serta sebatan.

Mohamad Husan, Angelou Tilad, Anuar Bensali, Al-Munib Balahim, dan Ajlan Muksan turut dikenakan satu sebatan.

Bagaimanapun tiada sebatan dikenakan terhadap tertuduh wanita Fetimah Jenilyn.

Mereka ditangkap pihak berkuasa antara 25 Mei hingga 7 Julai, di sekitar kawasan ibu negeri dan di dua daerah berasingan, Kudat dan Papar.

Semasa rayuan, semua tertuduh memohon hukuman mereka diringankan dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap, seterusnya dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement