Anda di sini

Dua ditahan terlibat judi Piala Dunia 

Advertisement
 Pegawai polis memeriksa resit-resit dipercayai bayaran nilai pertaruhan.
Pegawai polis memeriksa resit-resit dipercayai bayaran nilai pertaruhan.

BINTULU: Polis menahan dua lelaki tempatan apabila disyaki mengutip pertaruhan haram sempena temasya Piala Dunia 2018 di sebuah restoran di kawasan Bintulu Sentral, Jalan Tanjung Kidurong,  petang kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata dua lelaki berumur 22 dan 23 tahun ditangkap pada jam 4.30 petang setelah diintip sebelum ini dalam Ops Soga.

Katanya, hasil semakan telefon bimbit turut mendapati kedua-dua suspek disyaki mengutip pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2018. 

Dua suspek itu katanya, ditahan reman sehingga 14 Julai untuk membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 hingga RM200,000 serta penjara tidak lebih setahun, jika sabit kesalahan.
 

  • oleh
  • Advertisement