Anda di sini

Mangsa kebakaran Kg Gas terima bantuan IRM

Advertisement
FATHI (kiri) dibantu pegawai IRM menguruskan bantuan yang disediakan IRM untuk mangsa kebakaran.
FATHI (kiri) dibantu pegawai IRM menguruskan bantuan yang disediakan IRM untuk mangsa kebakaran.

SANDAKAN: Keperluan untuk golongan wanita dan kanak-kanak menjadi fokus Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran.

Pegawai IRM Fathi Ridhwan Saidin berkata, seramai 578 orang daripada 123 keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Gas di sini menerima bantuan daripada IRM.

Menurutnya, misi bantuan berkenaan diadakan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Taman Batu Sapi pada Isnin.

"Selain wanita dan kanak-kanak, kita turut mengutamakan bantuan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.

"Sumbangan yang disediakan termasuklah 50 bungkus lampin pakai buang bayi dan 12 bungkus untuk dewasa.

"Sebanyak 50 bungkus susu formula, 25 set barangan bayi, dan 480 bungkus tuala wanita," katanya di sini hari ini.

PENOLONG Pegawai Program Domestik IRM Ramlah Halim menyerahkan bantuan kepada mangsa di PPS.
PENOLONG Pegawai Program Domestik IRM Ramlah Halim menyerahkan bantuan kepada mangsa di PPS.

Selain itu jelasnya, bantuan makanan yang disediakan termasuklah minuman, biskut, gula, mi dan makanan tin.

Beliau berkata, pihaknya turut dibantu oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PPS berkenaan.

Advertisement