Anda di sini

Lelaki hilang ketika alih kayu di sungai dikhuatiri lemas

Advertisement
Operasi SAR mencari seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan rumah Mujan, Skrang sedang dijalankan oleh pihak bomba.
Operasi SAR mencari seorang lelaki yang dilapor hilang di kawasan rumah Mujan, Skrang sedang dijalankan oleh pihak bomba.
 

BETONG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila ketika mengalihkan kayu di sungai berhampiran Rumah Mujan, Skrang sekitar 11.30 pagi tadi.

Menurut rakan mangsa, Shamsudin Matdeli, 52, ketika kejadian mereka yang terdiri daripada tujuh orang termasuk mangsa sedang memotong dan mengalihkan kayu di sungai terbabit.

"Namun secara tiba-tiba, mangsa iaitu Faizal Ibrahim, 27, atau lebih dikenali dengan panggilan Badul lemas dan tenggelam di sungai tersebut. 

"Melihat situasi tersebut, kami berusaha mencari Badul, namun tidak menjumpainya. Saya kemudian bertindak membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian tersebut," katanya.

Dalam masa yang sama juga, sebaik laporan polis dibuat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong turut dimaklumkan berkaitan dengan kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan dengan kejadian tersebut.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dijalankan dan status oeprasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa," ujarnya.
 

  • oleh
  • Advertisement