Anda di sini

Ketepi perbezaan politik, eratkan perpaduan bersama kerajaan

Advertisement
ARUNARNSIN menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak.
ARUNARNSIN menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak.

SANDAKAN: Sekarang bukan lagi masa untuk berpolitik tetapi untuk bermuafakat dan mengetepikan perbezaan dengan meletakkan kepentingan rakyat khususnya pada sambutan sesuatu perayaan dan majlis kerajaan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib berkata masa berpolitik sudah berlalu yang penting kini pemimpin dan rakyat bersatu serta mengeratkan perpaduan dalam memastikan pembangunan dapat dirancang dengan baik di sesebuah kawasan.

“Kita perlu mengetepikan perbezaan politik dengan meletakkan kepentingan rakyat kerana ini adalah salah satu asas perpaduan serta memberi impak yang berkesan dalam kerajaan hari ini untuk rakyat seluruhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum di Dewan Serbaguna Kampung Gum-Gum Batu 16, di sini.

Arunarnsin yang juga Adun Gum-Gum berkata Hari Raya Aidilfitri adalah landasan memupuk perpaduan dan persefahaman dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Sambutan Hari Raya ini juga mampu meningkatkan persahabatan dan perpaduan serta toleransi dan persefahaman dalam kalangan rakyat.

“Lawatan dan perjumpaan dalam acara-acara seperti rumah terbuka membolehkan tuan rumah dan tetamu mereka beramah mesra sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement