Anda di sini

Banjir, tanah runtuh jejas Jepun, 141 maut

Advertisement
 Anggota polis membantu dalam kerja membersihkan serpihan di jalan raya selepas banjir melanda kawasan kejiranan di Kumano, wilayah Hiroshima kelmarin. — Gambar AFP
BERGOTONG-ROYONG: Anggota polis membantu dalam kerja membersihkan serpihan di jalan raya selepas banjir melanda kawasan kejiranan di Kumano, wilayah Hiroshima kelmarin. — Gambar AFP

KURASHIKI: Beberapa pekerja penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah semalam dalam harapan yang tidak mungkin bertambah untuk menemui mangsa terselamat selepas banjir teruk dan tanah runtuh selama beberapa hari yang meragut 141 nyawa dalam salah satu bencana terburuk berkaitan dengan cuaca di Jepun sejak beberapa dekad.

Penurunan hujan mengatasi rekod yang bermula pada minggu lepas telah berhenti dan banjir yang mulai surut menunjukkan kesan kemusnahan yang memutuskan sebuah kawasan melalui barat negara.

Di bandar Kurashiki, banjir melanda seluruh daerah pada satu peringkat, memaksa beberapa orang memanjat ke atas bumbung rumah mereka untuk menunggu diselamatkan.

Pada pagi semalam, pekerja penyelamat pergi dari rumah ke rumah, mencari penduduk yang terselamat – atau mangsa – bencana tersebut.

“Ia adalah apa yang kita katakan sebagai satu ope-rasi kawasan, di mana kami memeriksa setiap rumah untuk melihat sekiranya terdapat orang yang masih terperangkap di dalamnya,” seorang pegawai kerajaan wilayah tempatan Oka-yama memberitahu wartawan AFP.

“Kami tahu ia adalah satu tugas yang mengejar masa, kami sedang cuba sedaya-upaya yang kami mampu lakukan.”

Hideto Yamanaka mengetuai sebuah pasukan terdiri daripada seramai 60 anggota bomba yang dikerahkan dari luar wilayah tersebut untuk memeriksa rumah-rumah.

“Saya bimbang warga emas yang tinggal bersendirian mungkin telah gagal menyelamatkan diri,” kata Yamanaka, 53.

“Secara fizikalnya orang yang lemah mungkin akan lambat untuk keluar ketika ia tiba-tiba dilanda hujan lebat, membanjiri kawasan tersebut,” beliau memberitahu AFP.

Di daerah Mabi di Kurashiki, banjir meninggalkan satu kelodak kuning yang mengubah kawasan seperti bentuk bulan.

Kereta dipandu melalui awan debu tebu berterbangan. Penduduk berjalan di sekitar sambil menggunakan topeng penutup muka atau menutup mulut mereka dengan tuala kecil bagi menghalang dari tersedut partikel halus itu.

Beberapa kedai masih lagi ditutup dan di dalam sebuah kedai gunting rambut sofa merah, kerusi pelanggan, dan alat pengering rambut yang terdapat di situ semuanya diselaputi kelodak yang sama.

Fumiko Inokuchi, 61, berada di dalam rumahnya, memeriksa kerosakan berpunca daripada banjir yang menenggelamkan seluruh tingkat satu.

Beliau meninggalkan rumahnya pada hari Sabtu, menyeberangi jalan untuk berlindung di sebuah rumah penjagaan tiga tingkat bagi golongan warga emas, dari mana beliau melihat dalam ketakutan ketika paras air naik.

“Saya melihat rumah saya ditenggelami air dan saya tidak mampu melakukan apa-apa langsung, tiada apa-apa yang saya mampu lakukan lagi. Saya berasa tidak berdaya langsung,” kata beliau, mengeluarkan sekeping gambar anak-anaknya yang bermain besbol.

“Saya telah berkahwin di sini, dan kami membina rumah ini dua tahun kemudian. Kami membesarkan tiga anak lelaki kami dari kecil hingga dewasa di sini, terdapat begitu banyak kenangan,” ujar beliau, matanya berat dengan tangisan.

Krisis ini adalah bencana berkaitan hujan yang paling teruk dalam tempoh lebih tiga dekad, dan telah menimbulkan kesedihan negara.

Kelmarin, Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatan luar negara yang melibatkan empat persinggahan ketika angka kematian meningkat, dan pihak pejabatnya menyatakan beliau akan melawat Okayama pada hari ini.

Jurucakap kanan kerajaan Yoshihide Suga menyatakan semalam bahawa sekurang-kurangnya 141 nyawa terkorban. Media menyatakan beberapa orang lagi masih hilang dan angka tersebut dijangka akan meningkat.

Kira-kira 75,000 anggota polis, bomba dan tentera sudah dikerahkan dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar beberapa bahagian di tengah dan barat Jepun, menurut Suga, memberi amaran bahawa cuaca panas bakal memberikan risiko baharu.

Ribuan orang masih lagi berada di pusat perlindungan, dan pihak berkuasa tempatan di beberapa kawasan telah menawarkan air minuman dan perkhidmatan mandian bagi mereka yang tidak memiliki bekalan sendiri.

“Ia akan mencecah lebih 35 darjah Celsius di beberapa kawasan. Tolong berjaga-jaga mengenai strok haba sekiranya anda melakukan kerja pembinaan semula di luar, dan terus berhati-hati bagi kejadian tanah runtuh,” kata Suga.

Kerajaan menyatakan ia akan memperuntukkan kira-kira $20 juta dalam dana rizab untuk menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas oleh bencana tersebut.

Serta malah dengan berakhirnya hujan, risiko bagi banjir berlaku masih lagi ada, dengan pekan Fuchu di Hiroshima mengemukakan satu arahan baharu pemindahan ketika sebatang sungai tempatan telah melimpah.

“Kayu hanyut dan kotoran telah menimbun... dan sekarang air telah mula melimpah dari sungai,” seorang jurucakap jabatan bomba tempatan memberitahu AFP.

Beberapa stesen televisyen menunjukkan air berlumpur yang melimpah dari tebing sungai dan anggota bomba yang meronda menjerit menggunakan alat pembesar suara: “Kawasan ini adalah berbahaya. Sila pindah ke kawasan yang lebih tinggi sekarang.” — AFP

Advertisement