Anda di sini

Allysia jalani kehidupan lebih baik selepas pembedahan bibir

Advertisement
 Allysia (didukung ibunya), bapa Allysia (tiga kanan), Dr Charles (kanan), Teddy (kiri) dan penolong setiausaha CLAPAS Cathrine Chan bergambar selepas pemeriksaan susulan Allysia.
LEBIH BAIK: Allysia (didukung ibunya), bapa Allysia (tiga kanan), Dr Charles (kanan), Teddy (kiri) dan penolong setiausaha CLAPAS Cathrine Chan bergambar selepas pemeriksaan susulan Allysia.

KOTA KINABALU: Allysia Zeno yang berusia dua tahun dilahirkan dengan bibir sumbing dan akan membesar dalam keadaan seperti itu jika tidak diambil berat rakan-rakan ayahnya di Pusat Latihan Belia Monfort Kinarut.

Diketuai oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Pusat berkenaan, Helena Kwan, mereka memulakan proses untuk mendapatkan pembedahan pembetulan untuk bibir sumbing Allysia dan mendapat sokongan Persatuan Klef, Bibir dan Lelangit Sabah (CLAPAS).

Bulan lepas, Allysia menjalani pembedahan pembetulan yang ditaja oleh CLAPAS yang dilakukan oleh pakar bedah plastik Dr Charles Lee.

Dr Charles yang ditemui selepas pemeriksaan susulan terhadap Allysia berkata bahawa kanak-kanak itu mempunyai bibir sumbing ‘unilateral’.

“Pembedahan mengambil masa kira-kira dua setengah jam. Ia melibatkan bibir penuh sumbing dan pembaikan hidung penuh. Mujurlah, kanak-kanak ini dilahirkan dengan hanya bibir sumbing tidak ada palet sumbing. Perkembangan pemulihannya baik,” kata Dr Charles.

Menurutnya, statistik dunia menunjukkan bahawa satu daripada 700 kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan pembetulan yang disebut keadaan sumbing.

Katanya, pembedahan pembetulan untuk bibir sumbing harus dilakukan apabila kanak-kanak itu berusia tiga bulan.

“Bibir sumbing mesti dibedah pada usia tiga bulan. Tetapi kerana keadaan kanak-kanak ini menunggu selama dua tahun,” katanya sambil menambah bahawa pembedahan pembetulan adalah dalam bentuk percakapan, pendengaran dan gigi.

Dr Charles menjelaskan bahawa pendengaran seorang kanak-kanak dengan bibir sumbing terjejas kerana gam telinga di mana terdapat cairan yang sangat tebal di dalam telinga.

“Kanak-kanak tidak boleh mendengar dan apabila mereka tidak dapat mendengar, mereka tidak boleh bercakap. Anda boleh memanggil kanak-kanak ini tetapi tidak akan bertindak balas, jadi percakapan kanak-kanak ini sangat lambat kerana mereka tidak mempunyai keupayaan pendengaran yang betul,” katanya.

Sementara itu ibu Allysia, Wati Lunsin berterima kasih kepada rakan suaminya, CLAPAS dan Dr Charles kerana membantu anak perempuannya mendapatkan kualiti kehidupan lebih baik.

Pasangan yang tinggal di Tamparuli itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara empat dan lapan tahun. Allysia adalah anak bungsu dan hanya satu-satunya perempuan dalam kalangan adik-beradiknya.

“Kos pembedahan ini ditaja oleh CLAPAS dan kami sangat bersyukur kerana mereka lakukan ini untuk Allysia,” katanya.

Advertisement