Anda di sini

KPLB perhebat program basmi kemiskinan

Advertisement
EWON bergambar bersama para pegawai dan kakitangan KPLB serta kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang.
EWON bergambar bersama para pegawai dan kakitangan KPLB serta kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memperhebatkan lagi program pembasmian kemiskinan di negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Menterinya Ewon Benedick sehubungan itu berkata, beliau akan melihat semula semua program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan sebelum ini bagi mengenalpasti prestasi program berkenaan.

“Minggu ini, saya akan memulakan lawatan ke dearah-dearah untuk melihat sendiri prestasi program pembasmian kemiskinan terutamanya melibatkan Program Mini Estate Sejahtera (Mesej) Kelapa Sawit, Getah dan Akuakultur.    

“Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana kejayaan program berkenaan, sama ada ia berjaya memperbaiki kehidupan para peserta program atau sebeliknya.
    
“Daerah pertama yang saya akan lawat ialah Kota Marudu dan Pitas pada Jumaat dan Sabtu mingu ini. Ini adalah sebahagian daripada aspirasi saya di KPLB iaitu melihat semula program pembasmian kemiskinan di seluruh Sabah mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya.
    
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aifdilfitri KPLB, di Dewan Serbaguna KPLB, di sini, pada Selasa.
    
Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Haji Abdul Latif, pembantu-pembantu menteri dan pegawai-pegawai daerah seluruh Sabah.
    
Ewon berkata selain program pembasmian kemiskinan, program lain yang akan diberi tumpuan ialah memberikan nilai tambah program Mesej terutamanya pelancongan desa dan pembinaan jalan luar bandar menggunakan teknologi terkini berasaskan getah (Rubberised Road).
    
Mengenai penjenamaan semula institusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini, beliau berkata ia melibatkan penukaran nama institusi, tatacara pelantikan, bilangan keahlian jawatankuasa, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.
    
“Nama baru itu tidak semestinya mengikut nama yang dibuat di Semenanjung iaitu Majlis Pengurusan Komuniti, tetapi kita mahu satu identiti Sabah yang tersendiri, menunjukkan kita ada sistem pentadbiran tersendiri,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement