Anda di sini

Tulus lancar album MONOKROM di Malaysia, konsert sulung Sept ini

Advertisement
 

BAGI peminat industri hiburan tanah air Malaysia, nama Tulus mungkin masih lagi asing tetapi tidak di negara kelahirannya, Indonesia.

Sudah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan hasil tiga album yang sudah dilancarkan, kini sudah tiba masanya Tulus me-manjangkan langkah dan memperkenalkan dirinya secara rasmi di sini.

Dikenali sebagai penyanyi lelaki solo dan pencipta lagu independen berasal Indonesia, Tulus memulakan kariernya dengan melancarkan album pertamanya pada tahun 2011.

Lirik dengan tata bahasa yang indah dan unik serta makna yang mendalam menjadikan ciri khas karya-karya muziknya. Pelbagai penghargaan sama ada di bidang muzik dan sinematografi telah dia terima sepanjang tujuh tahun bergelar anak seni.

Di bawah naungan TulusCompany, perusahaan label rakaman dan pengurusan artis, Tulus mulai mengembangkan skala pendengar di beberapa buah negara. Jepun merupakan negara tujuan pertama langkah perkembangannya.

Satu lagu berbahasa Jepun telah dilancarkan pada Oktober 2015 lalu. Beberapa kesempatan pertunjukan muzik di negara matahari terbit itu sudah dilakukan Tulus.

Sejajar dengan perkembangan langkahnya di Jepun, TulusCompany memilih negara tetangga Indonesia iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei Darrussalam sebagai tujuan negara taklukan selanjutnya.

TulusCompany bekerjasama dengan Shiraz Music sebuah anak syarikat Shiraz Project Sdn Bhd untuk menjalankan rencana memperbesarkan lagi pendengar karya music Tulus secara rasmi di Malaysia khususnya.

Bersamaan dengan dimulainya kerjasama ini, album muzik Tulus ketiga yang berjudul ‘Monokrom’, diedarkan secara rasmi di Malaysia. Album ini boleh didapatkan di pasaran mulai 1 Julai 2018.

Bagi mempromosikan lagi album ‘Monokrom’ ini, Tulus baru-baru ini turut mengumumkan sebuah konsert yang akan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 18 September depan, bermula jam 8.30 malam.

TENTANG TULUS

Tulus lahir di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Beliau menyandang gelaran sarjana di bidang kejuruteraan dengan kecintaan yang tidak ada habisnya terhadap muzik.

Dibesarkan dalam keluarga yang bukan berdarah seni, kesukaannya terhadap keindahan nada telah ada sejak kecil.

Dulu, ibunya yang memperkenalkan Tulus pada pelbagai macam jenis muzik.

Sewaktu masih belajar dalam jurusan kejuruteraan, Tulus mene-mukan dirinya memiliki ikatan yang sangat kuat terhadap muzik.

Walau dilihat berbeza bidang, bagi Tulus, muzik dan kejuruteraan memiliki banyak kesamaan yang tidak banyak diketahui.

Dalam bermuzik, penyanyi ini mempelajari bagaimana menghargai keindahan sambil mempertahankan struktur dan fungsi dari muzik itu sendiri.

Begitu juga dalam kejuruteraan, di mana ketiga-tiga aspek di atas (keindahan, struktur, dan fungsi) adalah asas utama dalam pekerjaan yang bersifat arsitektural.

Tidak hanya membatasi diri dalam bidang muzik, Tulus turut melakukan kolaborasi dengan pelbagai macam profesi di luar industri muzik.

Di antaranya ialah pembuatan video muzik, video dokumentasi, dan juga seni persembahan untuk video muzik.

Davy Linggar, Melati Suryodharmo, dan Papermoon Puppet Theatre adalah tiga di antara banyak nama lain yang pernah berkolaborasi dengan Tulus.

Sebanyak 50 penghargaan baik di bidang muzik dan sinematografi telah Tulus perolehi sepanjang enam tahun perjalanan muziknya.

Berkarya mengusung bendera independen, Tulus berkarya di bawah naungan TulusCompany, perusahaan yang dibangunkan bersama abangnya, Riri Muktamar.

TulusCompany selaku label rakaman dan pengurusan artis telah melancarkan tiga buah album muzik untuk Tulus.

Semua karya muzik yang ada dalam ketiga-tiga album muzik tersebut adalah hasil karya cipta Tulus sendiri.

‘Kantung’ album pertama Tulus dilancarkan pada akhir tahun 2011, ditanggapi dengan sangat baik dan menerima banyak respon positif dari penikmat muzik di Indonesia.

Majalah Rolling Stone Indonesia meletakkan album ini di deretan atas daftar-daftar album terbaik Indonesia pada tahun 2013, memberikan Tulus penghargaan sebagai Rookie of The Year pada tahun tersebut.

Pada awal tahun 2016, Tulus melancarkan single berjudul ‘Pamit’.

‘Pamit’ adalah single yang merupakan bahagian dari album ketiga yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2016 iaitu ‘Monokrom’.

Melalui album ketiganya ini, Tulus mendapat kesempatan untuk berkolaborasi dengan The City of Prague Philharmonic di Republik Czech. Ia melakukan sesi rakaman dengan iringan alat-alat muzik gesek dari The City of Prague Philharmonic untuk lima lagu yang ada dalam album tersebut.

Advertisement