Anda di sini

Atasi segera masalah kami

Advertisement
 Elia (kanan) menemani antara penduduk kampung yang mempunyai masalah dalam permohonan IC dan pengiktirafan sebagai warganegara Malaysia, semalam.
KAMI MAHU DIIKTIRAF: Elia (kanan) menemani antara penduduk kampung yang mempunyai masalah dalam permohonan IC dan pengiktirafan sebagai warganegara Malaysia, semalam.

MIRI: Penan Empowerment Network (PEN) menggesa kerajaan persekutuan baharu menyelesaikan segera masalah Penan dan kaum-kaum lain di Ulu Baram untuk memiliki kad pengenalan (IC).

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) tersebut Elia Bit berkata, masalah untuk memiliki IC bagi penduduk asli di Sarawak seperti tiada penghujungnya.

“Mereka yang merupakan penduduk asli di Sarawak masih lagi mempunyai masalah tiada sijil kelahiran dan IC serta ada juga yang tidak diperakui kewarganegaraan Malaysia.  

“Kami mempersoalkan pe-ranan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang banyak kali memberikan seribu satu alasan kepada golongan ini dalam membuat permohonan IC,” katanya kepada pemberita di JPN UTC Miri di sini, semalam.

Semalam, kira-kira 50 individu dari lapan kampung di Ulu Baram hadir ke JPN UTC Miri bagi membuat permohonan mendapatkan sijil kelahiran, IC dan taraf kewarganegaraan.

“Yang hadir pada hari ini (semalam) adalah lebih kurang 50 orang, namun saya pasti jumlah mereka yang menghadapi masalah sama sebenarnya lebih ramai lagi.

“Ada di antara mereka terpaksa menunggu 30 tahun bagi men-dapatkan IC, tiga kali turun naik pejabat untuk memohon, namun ada sahaja alasan diberi JPN umpamanya perlu menunggu pejabat di Kuching mengesahkan dan perlu diurus di Kuching,” katanya.

Beliau menegaskan, perkara sebegini tidak wajar berlaku dan mempersoalkan apakah peranan JPN Miri jika tidak dapat menyelesaikan masalah permohonan IC penduduk Ulu Baram di sini.

Turut hadir menemani Elia semalam ialah Pengerusi Persa-tuan Kebajikan Urimai Selangor Manikavasagam Sundaram.

  • oleh
  • Advertisement