Anda di sini

Warga asing tinggal lebih tempoh dipenjara empat bulan

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara selama empat bulan atas kesalahan tinggal melebihi tempoh masa di negara ini.

Petrus Sampe, 46, didapati melakukan kesalahan itu pada 19 Jun jam 3.50 pagi, di Kampung Sapat, daerah Papar.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 15 (1) (c ) Akta Imigresen 1956/63, yang boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh lima tahun.

Menurut Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit, tertuduh bermastautin di negara ini melebihi tempoh masa selama setahun, dari tarikh tamat tempoh permit yang dibenarkan.

Sementara itu, 12 warga asing antaranya seorang wanita dikenakan penjara selama empat bulan hingga lima bulan dan sebat, atas kesalahan masuk ke negara ini tanpa permit yang sah.

Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksye 6 (1) (c ) akta sama.

Lima tertuduh diperintahkan dikenakan satu sebatan, manakala bagi wanita dan mereka yang berusia 20 tahun ke bawah tidak dikenakan sebat.

Semasa rayuan, mereka memohon hukuman mereka diringankan dan segera dihantar pulang ke negara asal.

Suzie menegaskan, hukuman setimpal harus dijatuhkan dan memohon semua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen  untuk tindakan lanjut.

Hakim Azreena Aziz yang mendengar kes terbabit, memerintahkan mereka menjalani tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap, selepas itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk dihantar ke negara asal.

  • oleh
  • Advertisement