Anda di sini

Hakmilik strata akan dibincang dengan pemaju: Jaujan

Advertisement
JAUJAN (lima kanan)bergambar bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur Dato Peter Anthony (empat kanan), Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon serta isteri Ales Poon (tiga kiri dan dua) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KKTP hari ini.
JAUJAN (enam kanan)bergambar bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur Dato Peter Anthony (lima kanan), Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon serta isteri Ales Poon (empat kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri KKTP hari ini.

KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan pemaju-pemaju perumahan di Sabah berkaitan dengan pelbagai masalah pembeli khususnya hakmilik strata.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, mesyuarat itu akan diadakan secepat mungkin kerana ia adalah salah satu masalah dihadapi rakyat Sabah.

"Walaupun ada dasarnya, tetapi semua masalah itu berpunca dari bawah iaitu pemaju rumah itu sendiri...mereka tahu masalah dan tahu bagaimana untuk mengatasinya.

"Mesyuarat itu nanti akan memudahkan kita di peringkat kerajaan untuk melaksanakan dasar yang sesuai.

"Sekiranya dulu memerlukan masa lebih daripada tiga tahun dan kita kini berharap mampu mempercepatkan proses penyerahan hakmilik itu secepat mungkin kepada pemilik unit rumah berkenaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengenalpasti agensi kerajaan berkaitan yang bermasalah untuk distruktur semula agar mampu menyelesaikan masalah rumah berkenaan.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan turut berpandangan bahawa unit bumiputera yang gagal dijual oleh pemaju-pemaju perumahan di sekitar bandaraya ini adalah sangat merugikan.

"Tidak dinafikan unit bumiputera itu tidak dapat dijual kerana ianya bukan rumah mampu milik dengan harga RM300,000 ke atas.

"Bukan semua rakyat kita berduit, kakitangan kerajaan contohnya...sekiranya gaji dia RM7,000 sebulan, dia terpaksa menanggung bayaran bulanan sebanyak dua atau tiga ribu sebulan untuk rumah itu tidak termasuk komitmen lain.

"Mungkin kos tanah kawasan bandar mahal tetapi pemaju perlu merangka satu strategi yang lebih baik untuk melihat siapa pelanggan dan bagaimana kuasa pembeli rakyat kita di sini," katanya.

Menurutnya, walaupun ada keperluan untuk membina rumah tetapi perlu melihat kepada keseimbangan, selain tidak menafikan pelbagai faktor negatif yang mendorong pembeli membuat keputusan untuk tidak melabur.

  • oleh
  • Advertisement