Anda di sini

PIMSA rayu k'jaan campur tangan tangani masalah tenaga kerja

Advertisement

KOTA KINABALU: Persatuan Peniaga Peniaga India Muslim Sabah (PIMSA) merayu kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan masalah kekurangan pekerjaan dalam sektor perniagaan kedai makan, kedai kopi dan restoran di seluruh negeri Sabah.

Semua peniaga restoran di seluruh Sabah kerap mengadu supaya masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor restoran diselesaikan segera. Walaupun pelbagai cara telah digunakan, namun sehingga hari ini masalah itu belum dapat diselesaikan.

Pemangku Pengerusi PIMSA Ansar Maidin berkata pemilik restoran semakin hari semakin tertekan dengan masalah tiada sumber tenaga kerja di dalam restoran di Sabah.

Katanya, walupun pelbagai tingkat gaji, kemudahan dan faedah sampingan disediakan, namun masih kurang rakyat tempatan yang mengambil peluang itu.

"Akibat itu, banyak perniagaan restoran kerap kali menggaji tenaga pekerja PTI di negeri Sabah walaupun ia menyalahi undang undang.

"Kita berhasrat membantu kerajaan mengurangkan PTI di Sabah, namun pengusha restoran tiada pilihan lain selain mengambil risiko berkenaan," jelasnya.

Justeru katanya, kerajaan diminta membantu pengusaha restoran mencari jalan penyelesaian kekurangan tenaga kerja terutama perniagaan yang dibuka 24 jam.

Advertisement