Anda di sini

Penunggang maut langgar belakang lori

Advertisement
 SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlanggar belakang sebuah lori di Jalan Sin On Tiku Tawau.
SEORANG penunggang motosikal maut selepas terlanggar belakang sebuah lori di Jalan Sin On Tiku Tawau.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas terlanggar belakang kanan sebuah lori di Jalan Sin On Tiku kira-kira jam 1.40 petang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata identiti si mati dikenali sebagai Welcher Seronda Serilo, 32, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Lori terlibat pula dipandu pemandu berumur 37 tahun dan siasatan menunjukkan si mati dan pemandu lori terbabit tidak dipengaruhi alkohol ketika kejadian berlaku,” katanya.

Fadil berkata pemandu lori dipercayai dalam perjalanan dari arah Jalan Timur ke Kuari Batu 9 Jalan Apas sebelum sebuah motosikal memasuki laluannya di kawasan selekoh.

Menurutnya, motosikal terbabit dikatakan datang dari arah Bulatan Batu 4 Jalan Apas sebelum termasuk ke laluan sebelah kanan dan terlanggar bahagian belakang lori.

“Kemalangan itu disaksikan oleh seorang pemandu lori lain yang berada pada jarak kira-kira 25 meter dari lokasi kejadian ketika insiden terbabit berlaku,” katanya.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku menyebabkan topi keledar penunggang itu tertanggal dan tercampak di tengah jalan dengan keadaan tertiarap bersama motosikalnya.

“Saksi mengatakan orang awam mengangkat si mati dan motosikalnya ke bahu jalan di sebelah kanan,” katanya, sambil mengesahkan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan dijalankan Pegawai Penyiasat Kanan Trafik Tawau ASP Joan Lee mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement