Anda di sini

Mangsa kebakaran rayu bantuan tempat tinggal

Advertisement
ZAKIAH.
ZAKIAH.

TAWAU: Mangsa kebakaran di Kg Kukusan Tanah Merah Tanjung Batu mengharapkan bantuan kerajaan dan pemimpin untuk menyelesaikan isu tempat tinggal mereka.

Rayuan itu berikutan rata-rata mereka terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, malah sukar membeli rumah baharu sebagai tempat perlindungan keluarga.

Zakiah Mohd Abdul, 36, (mengambil upah jahit baju) merayu kerajaan atau pemimpin melihat situasi mereka yang kini bingung memikirkan masa hadapan masing-masing.

“Kita mengharapkan simpati pemimpin dan kerajaan supaya dapat membantu khususnya dari segi perlindungan tempat tinggal jika boleh, kerana itu yang kami utamakan.

“Misalnya, kami berempat (bersama suami dan dua anak saudara) yang tinggal sebatang kara kerana keluarga juga semua jauh, dan (terpaksa) mencari rumah sewa,” katanya.

Utusan Borneo yang mengunjungi tempat mangsa kebakaran ditempatkan, mendapati terdapat enam keluarga mangsa yang memilih tinggal di Dewan SK Tg Batu Keramat.

Sementara 24 keluaga mangsa kebakaran yang lain pula, difahamkan, memilih untuk tinggal di rumah keluarga atau jiran masing-masing di sekitar Kg Kukusan Tanah Merah.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan mangsa yang dilaporkan sehingga jam 5 petang Selasa, menunjukkan seramai 154 orang yang membabitkan sebanyak 30 keluarga.

  • oleh
  • Advertisement