Anda di sini

Lelaki ditahan bersama motosikal curi

Advertisement
MOTOSIKAL yang dirampas daripada suspek.
MOTOSIKAL yang dirampas daripada suspek.

KINABATANGAN: Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama sebuah motosikal dilaporkan hilang di Beluran dalam rondaan di Jalan Sukau di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Superintendan A Sahak Rahmat berkata suspek berumur 34 tahun merupakan seorang pekerja kebun yang tiada dokumen diri sah dan beralamat di Kampung Gomantong Jaya Batu 4 Sukau.

“Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, semasa Sarjan Mohd Ali Taslim bersama dua anggota membuat rondaan cegah kemalangan dan penguatkuasaan trafik di Jalan Sukau, telah menahan suspek yang sedang menunggang motosikal berkenaan,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dan dokumentasi mendapati penunggang motosikal terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan lesen memandu.

“Pemeriksaan dijalankan menggunakan alat Mcops mendapati motosikal jenis Yamaha bernombor pendaftaran ST6404M milik asal, Mohd Faizal Zakaria, mempunyai rekod kes kenderaan hilang di Beluran,” katanya.

Beliau berkata pihak polis merampas motosikal dan membuat tangkapan ke atas lelaki terbabit dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan untuk tindakkan selanjutnya.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri motosikal dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement