Anda di sini

Jurulatih Korea Selatan tambah tonik skuad menembak Sarawak

Advertisement
 (Dari empat kiri) Ong, Snowdan dan Hii bersama atlet-atlet menembak, jurulatih serta pegawai PSS pada lawatan itu.
BERI SEMANGAT: (Dari empat kiri) Ong, Snowdan dan Hii bersama atlet-atlet menembak, jurulatih serta pegawai PSS pada lawatan itu.

KUCHING: Jurulatih dari Korea Selatan, Hwang In Kwon menambah tonik bagi persiapan skuad menembak Sarawak menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak pada September akan datang.

Hwang mula memulakan khidmat sebagai jurulatih menembak Sarawak sejak April lalu.

Baru-baru ini, Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan melawat persiapan skuad menembak Sarawak di Lapang Sasar Menembak Sarawak, Petra Jaya di sini.

Beliau turut diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee.

Semasa lawatan itu, Snowdan sempat memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet menembak negeri agar terus meningkatkan latihan memandangkan temaysa SUKMA berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Koordinator Menembak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Christina Janggui seramai 23 atlet menembak negeri juga menyertai pertandingan sesama sendiri sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2018 di Perak berlangsung dari 12 hingga 22 September depan.

Advertisement