Anda di sini

Jelajah Ziarah Aidilfitri himpunkan pencinta al-Quran

Advertisement
NAZRI (berdiri, tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama warga akademi dan para jemputan sempena dengan Jelajah Ziarah Aidilfitri.
NAZRI (berdiri, tujuh kanan) merakamkan kenangan bersama warga akademi dan para jemputan sempena dengan Jelajah Ziarah Aidilfitri.

SANDAKAN: Program Jelajah Ziarah Aidilfitri berjaya himpunkan ramai pencinta al-Quran walau pertama kali dianjurkan.

Pengetua Akademi Al-Azhar Mohd Nazri Apin berkata, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan menerusi penganjuran program berkenaan.

Menurutnya, program itu bukan sahaja melibatkan warga Akademi Al-Azhar sahaja malah anak yatim dan golongan muallaf turut diraikan bersama.

"Bermula 1 hingga 10 Syawal, kita mengadakan aktiviti ziarah ini dalam suasana ceria dan penuh mahabbah.

"Ia bukan sekadar program ziarah, para pelajar akademi ini juga diberikan sumbangan duit sempena Hari Raya sebagai satu perkongsian kegembiraan dalam meraikan Syawal," katanya di sini.

Beliau berkata, Akademi Al-Azhar adalah pusat pengajian tarannum al-Quran di sini yang beroperasi sejak 1 Mac lepas.

Katanya, walaupun masih baharu, kewujudan pusat pengajian itu berjaya mencetuskan fenomena dalam kalangan pencinta al-Quran khususnya di kawasan Sandakan.

"Pelajar yang berdaftar setakat ini lebih 200 orang dan jumlah ini melebihi sasaran.

ANTARA aktiviti yang turut dijalankan sebagai pengisian program.
ANTARA aktiviti yang turut dijalankan sebagai pengisian program.

"Istimewanya, tiada yuran dikenakan dan para tenaga pengajar terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

"Selain itu, sistem pengajaran moden dengan menampilkan strategi dan pendekatan terbaik antara tarikan para pelajar untuk lebih mendalami bidang pengajian al-Quran," jelasnya.

Nazri berharap menerusi program Jelajah Ziarah itu ia akan mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin sesama warga akademi dan komuniti setempat.

  • oleh
  • Advertisement