Anda di sini

Dua rumah musnah dalam kebakaran berasingan

Advertisement
KEADAAN rumah yang sedang terbakar di Simpang 3, Jalan Kuala Papar.
KEADAAN rumah yang sedang terbakar di Simpang 3, Jalan Kuala Papar.

PAPAR: Dua rumah tidak kekal musnah terbakar dalam dua kejadian berasingan di sini dan Tambunan.

Dalam kejadian pertama, sebuah rumah terbakar di Simpang 3, Jalan Kuala, di sini pada Selasa.

Pegawai Bomba II (PBII) Sulaiman Minin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.55 malam dan bergegas ke lokasi kebakaran bersama 13 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar menaiki dua jentera.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan sebuah rumah kayu berukuran 25x20 kaki persegi yang terbakar sepenuhnya.

"Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 8.09 dan operasi ditamatkan 8.42 malam," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian itu dan hasil siasatan, kebakaran dipercayai berpunca daripada lintar pintas.

ANGGOTA bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah di Kg Mangi Pangi Tambunan.
ANGGOTA bomba sedang memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah di Kg Mangi Pangi Tambunan.

Sementara di Tambunan, sebuah rumah musnah yang juga jenis tidak kekal musnah terbakar di Kg Mangi Pangi pada Rabu.Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 3.49 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Becket Gumat bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauh 9 kilometer dari balai dengan menaiki tiga jentera.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran 20x30 kaki persegi.

"Anggota bomba bertindak memadamkan sisa kebakaran untuk memastikan api padam sepenuhnya.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 5.08 pagi dan operasi ditamatkan jam 5.31 pagi," katanya.
Tambahnya, tiada mangsa cedera dilaporkan dan setakat ini punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement