Anda di sini

Belajar kuasai kemahiran berkomunikasi

Advertisement
JENIFER (berdiri, sembilan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pertandingan.
JENIFER (berdiri, sembilan kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para peserta pertandingan.

KOTA KINABALU: Ia adalah penting bagi golongan murid masa kini untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, penguasaan bahasa dalam komunikasi penting kepada murid-murid kerana daripada bahasa itu boleh membawa pelbagai pengetahuan.

"Daripada pengetahuan itu, anda mampu menjadi insan yang baik seterusnya mengetahui perkara-perkara berlaku di dalam negeri, negara dan peringkat antarabangsa.

"Kemahiran komunikasi bukan sahaja wajib kepada murid-murid untuk memilih kerjaya di masa hadapan tetapi juga penting dalam bidang perniagaan," katanya ketika merasmikan Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Penampang, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog berkata, murid-murid tidak perlu takut untuk berkomunikasi kerana kemahiran komunikasi dimiliki setiap insan sememangnya bermula dari peringkat bangku sekolah.

Katanya, pertandingan yang diadakan itu adalah salah satu contoh penting bagi murid-murid menguasai kemahiran berkomunikasi dan juga bahasa.
 

  • oleh
  • Advertisement