Anda di sini

Bekalan elektrik berfungsi seperti biasa di 1Borneo

Advertisement
KEADAAN di 1Borneo adalah normal.
KEADAAN di 1Borneo adalah normal.

KOTA KINABALU: Tindakan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk memotong bekalan elektrik di 1Borneo Hypermall hari ini meresahkan pengusaha premis.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Borneo di kompleks beli-belah berkenaan, keadaan kelihatan normal dan bekalan elektrik masih berfungsi seperti biasa.

"Beberapa pengusaha premis (peniaga) ketika ditemui menyatakan keresahan mereka setelah dimaklumkan bahawa SESB akan memotong bekalan elektrik Kompleks 1Borneo Hypermall pada hari berkenaan (27 Jun).

"Kami dimaklumkan oleh rakan mengenai berita berkenaan dan kami terkejut serta amat resah kerana tindakan itu sudah tentu akan menjejaskan perniagaan kami," kata seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan.

Menurut mereka, bekalan eletrik berfungsi seperti biasa ketika memulakan perniagaan kira-kira jam 10.30 pagi, cuma agak panas sedikit kemungkinan pengwaha dingin ditutup.

"Tetapi ia beransur sejuk kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Menurut pengusaha premis di situ, mereka menjelaskan bil letrik setiap bulan dan terkejut apabila mengetahui kompleks itu mempunyai tunggakan mencecah RM9.3 juta.

"Adalah tidak adil kepada kami sekiranya bekalan eletrik di Kompleks 1Borneo Hypermall ini dipotong dan kami pula menjadi mangsa, di mana perniagaan kami turut terjejas, sedangkan kami menjelas bil elektrik setiap bulan," kata mereka.

SESB pada Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan memotong bekalan elektrik di 1Borneo pada Rabu.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir Mohd Yaakob Jaafar, tindakan itu hanya akan diambil sekiranya pihak pengurusan 1Borneo masih gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik yang kini mencecah RM9.3 juta.

Tindakan SESB itu juga mendapat perhatian Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman yang menggesa SESB supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk memotong bekalan elektrik di kompleks berkenaan.

"Ia adalah demi kepentingan pekerja di 1Borneo Hypermall yang mungkin akan kehilangan pekerjaan, sekiranya bekalan elektrik di pusat beli-belah itu dipotong," katanya.

Azis juga menyatakan kesediaannya untuk menjadi perantara dalam mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan itu bagi memastikan pekerja dan pengusaha premis di kompleks berkenaan tidak kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan.

  • oleh
  • Advertisement