Anda di sini

SAR hari kedua diteruskan

Advertisement
OPERASI dan menyelamat mangsa di Kg. Kaiduan.
OPERASI dan menyelamat mangsa di Kg. Kaiduan.

PAPAR: Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas diteruskan pada hari kedua di Sungai Kg Kaiduan di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Papar Janil Jaya berkata, operasi masih lagi diteruskan oleh lapan anggota BPP Papar seawal jam 6.30 pagi tadi.

"Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan selagi potensi untuk menemui sebarang petunjuk termasuk pakaian ataupun bukti lain yang menunjukkan kedudukan mangsa di sekitar lokasi kejadian.

AGUSTINUS.
AGUSTINUS.

"Kita juga akan terus menjalankan operasi pencarian sehingga beberapa hari akan datang dan usaha ini hanya akan dihentikan sekiranya mendapat arahan lanjut dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Terdahulu pada jam 4.47 petang pada Isnin, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kehilangan Agustinus Tino Koten, 25, warganegara Indonesia.

Maklumat diperolehi daripada dua rakan mangsa yang turut serta semasa kejadian dan bertindak berenang menyeberangi sungai untuk mencari mangsa walaupaun sudah dinasihati untuk tidak melakukan perkara sedemikian.

Operasi SAR segera diaktifkan di kawasan tebing sekitar sungai sehinggalah ditangguh pada sekitar jam 7.36 petang berikutan tiada sebarang petunjuk ditemukan.

LOKASI operasi dan menyelamat mangsa.
LOKASI operasi dan menyelamat mangsa.
  • oleh
  • Advertisement