Anda di sini

Rakyat sokong tindakan hentikan projek TAED

Advertisement
MUTHU (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.
MUTHU (tengah) sempat berbual dengan pengunjung dan berkongsi pandangan tentang keadaan di Pantai Tanjung Aru.

KOTA KINABALU: Tindakan kerajaan negeri menghentikan projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) mendapat sokongan rakyat.

'Save Open Space Kota Kinabalu' iaitu badan bukan kerajan (NGO) berkait pemuliharaan alam sekitar antara pihak yang tampil menyuarakan sokongan terhadap keputusan berkenaan.

Penyelaras Save Open Space Kota Kinabalu SM Muthu berkata, semakin ramai pengunjung datang ke Pantai Tanjung Aru terutamanya para pelancong.

"Ini menunjukkan ramai yang mahukan kawasan pantai ini kekal dibuka kepada orang awam.

"Kami juga amat berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong yang tetap dengan pendiriannya supaya projek TAED ini dihentikan.

"Kini kawasan Pantai Tanjung Aru dikembalikan kepada penyelenggaraan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)," jelasnya kepada media di sini pada Selasa.

Pada masa sama katanya, tindakan segera Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap isu terbabit.

Menurutnya, apa yang diperlukan di kawasan itu adalah penjagaan kebersihan pantai, kemudahan awam, taman permainan serta kawalan keselamatan.

"Apa sahaja yang dibangunkan untuk kawasan ini nanti, ia perlu ada sistem penyelenggaraan yang baik bagi mengekalkan keindahan Pantai Tanjung Aru.

"DBKK berperanan penting dalam memantau secara berterusan dan mengekalkan kebersihan di sini," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga amat berharap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal akan memberikan kenyataan rasmi berhubung pembangunan di Pantai Tanjung Aru kelak.

  • oleh
  • Advertisement