Anda di sini

Parti politik bebas masuk Sarawak atas dasar demokrasi - Abdul Karim

Advertisement
Karim (depan, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain dan peserta RFF18 bergambar selepas sesi sidang media di Borneo744, hari ini.
Abdul Karim (depan, empat kiri) bersama tetamu kehormat lain dan peserta RFF18 bergambar selepas sesi sidang media di Borneo744, hari ini.

KUCHING: Pintu adalah terbuka untuk mana-mana parti politik termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengembangkan sayap mereka ke Sarawak, kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagaimanapun, ia terpulang kepada rakyat Sarawak sama ada untuk menerimanya atau tidak.

“Sarawak memang terbuka kepada mana-mana parti yang nak datang mengembangkan sayapnya tetapi saya percaya, rakyat Sarawak sudah cukup matang dalam politik,” katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan PPBM untuk memasuki Sarawak pada Sidang Media Rainforest Fringe Festival (RFF) 2018 di Borneo 744, di sini hari ini.

Pada Isnin, Mahathir yang juga pengerusi PPBM berkata sedang mempertimbangkan untuk melebarkan pengaruh parti itu ke Sarawak, seiring dengan permintaan rakyat Sarawak dan sebagai sebahagian usaha PPBM untuk menambah keahliannya. 

  • oleh
  • Advertisement