Anda di sini

George dilantik Timbalan Speaker DUN Sabah

Advertisement
GEORGE  (kiri) mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Juhar (dua dari kanan) dan Norlidah (kanan).
GEORGE (kiri) mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah di hadapan Juhar (dua dari kanan) dan Norlidah (kanan).

KOTA KINABALU: Datuk George Anthony Ginibun dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni di Istana Negeri, pagi tadi.

Selepas angkat sumpah, beliau turut melafazkan ikrar jawatan dan menandatangani watikah pelantikan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Datuk Mairin @Martin Idang.

George, 76, berasal dari Penampang merupakan mantan Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Pinjaman Sabah dan pernah berkhidmat di Jabatan Kesihatan serta Jabatan Pertanian sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan awam.

Berpendidikan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Miami, Amerika Syarikat, beliau berharap pengalamannya sebagai mantan pengerusi tetap Upko dapat membantu beliau menjalankan tugas berkenaan.

Selain George, Datuk Ahmad Abdul Rahman turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Sabah baharu pada 8 Jun lalu.-Penerangan.

Advertisement