Anda di sini

Bersama kekalkan kebersihan persekitaran

Advertisement
 Jenifer (tengah) bersama beberapa sukarelawan dari Group Zero Trash Penampang pada gotong-royong itu.
KEKAL KEBERSIHAN: Jenifer (tengah) bersama beberapa sukarelawan dari Group Zero Trash Penampang pada gotong-royong itu.

PENAMPANG: Masyarakat tempatan perlu lebih bertanggungjawab dan berusaha mengekalkan kebersihan persekitaran.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, tanggungjawab itu harus dipikul bersama-sama dan bukannya hanya mengharapkan pihak berkuasa tempatan.

“Premis makanan di sini khususnya perlu memainkan peranan penting untuk menyediakan suasana persekitaran yang bersih sebelum menyediakan makanan dan minuman kepada pelanggan.

“Jangan sesekali melaksanakan tanggungjawab itu hanya ketika ada pemantauan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pada Program Gotong-Royong membersihkan tapak Tamu Donggongon pada Ahad.

Katanya, mengekalkan kebersihan adalah satu usaha yang mudah dan tidak perlu mewujudkan apa-apa akta bagi membolehkan masyarakat melakukan tanggungjawab itu.
Beliau yang juga Adun Moyog berkata minda masyarakat perlu berubah bagi mengutamakan kebersihan persekitaran tanpa memberikan sebarang alasan.

“Bukan sahaja di premis makanan dan kawasan lapang tetapi tandas juga perlu sentiasa bersih,” katanya.

Jenifer juga memuji pelbagai pihak yang mewujudkan satu pergerakan sukarelawan dalam usaha membantu mengekalkan kebersihan di daerah ini.

Selain itu katanya, penggunaan bahan pencuci atau teknik pelupusan sampah secara organik juga kini dilaksanakan pelbagai pihak di sini dan usaha itu sangat positif berbanding penggunaan bahan kimia.

Advertisement