Anda di sini

Pesta Kaamatan PDM Nambazan pada 30 Jun

Advertisement
POSTER perayaan Pesta Kaamatan PDM Nambazan, Penampang.
POSTER perayaan Pesta Kaamatan PDM Nambazan, Penampang.

PENAMPANG: Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nambazan akan menganjurkan perayaan Pesta Kaamatan 2018 bertempat di Dewan Raya Kampung Ramayah, di sini pada 30 Jun, bermula jam 9.30 pagi.

Pengerusi penganjur John Jouting berkata, penduduk Kampung Nambazan, Ramayah, Babah Bunduon, Hubah dan Divato/Tagad serta rakyat Penampang di mana sahaja berada dijemput datang untuk bersama-sama meraikan pesta kebudayaan itu.

Antara pengisian perayaan itu ialah Unduk Ngadau, masakan tradisi dan cabutan tiket bertuah.

Sambutan itu akan dihadiri tetamu kehormat terdiri Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking dan Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi merangkap Adun Moyog Jenifer Lasimbang serta penasihat perayaan Dato Fredie Sua dan Hornosius Alfred Bosuin.

  • oleh
  • Advertisement