Anda di sini

Kerjasama perkhidmatan awam negeri, Persekutuan perlu diselaras

Advertisement
SHAFIE membantu mengambil makanan untuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pg Hassanel Pg Hj Mohd Tahir, sempena jamuan selepas perjumpaan bersama kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan hari ini.
SHAFIE membantu mengambil makanan untuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pg Hassanel Pg Hj Mohd Tahir, sempena jamuan selepas perjumpaan bersama kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan hari ini.

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan perlu diselaraskan selain dipertingkatkan agar ketirisan, pertindihan serta pembaziran dapat dielakkan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, budaya kerja dalam perkhidmatan awam perlu ditingkatkan bagi memastikan negara khususnya Sabah dapat dibangunkan sebaik mungkin.

"Walaupun ekonomi negara tidak sihat tetapi saya yakin kita dapat mengatasi cabaran ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita di sini perlu bantu supaya perkara ini dapat dijayakan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanatnya pada Majlis Perhimpunan Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau berkata, kakitangan perkhidmatan awam perlu tahu bahawa banyak dasar baharu dan perubahan akan berlaku bagi menjayakan harapan rakyat.

Katanya, apa yang dikehendaki rakyat perlu diselaraskan dengan dasar-dasar baharu untuk mencapai kejayaan.

"Pentadbiran daerah contohnya, perlu memastikan tidak wujud sebarang ketirisan...pegawai daerah dan kakitangannya perlu berhubung dengan masyarakat peringkat akar umbi, bukan hanya dengan kelompok tertentu sahaja.

"Pastikan rakyat, pihak swasta dan wakil rakyat terbabit...mesti ketahui kehendak rakyat kerana mungkin apa yang dikehendaki YB itu tidak semestinya dikehendaki rakyat...oleh itu kita kena selaraskan selaku pihak pentadbir," katanya.

  • oleh
  • Advertisement