Anda di sini

Zayn sukakan Amerika dan mungkin akan bertanding dalam pilihan raya

Advertisement
Zayn
Zayn

BINTANG pop British Zayn Malik (gambar) berkata dia terkejut dengan sambutan yang diterimanya di Amerika Syarikat (AS), malah dia mungkin akan menimbang untuk bertanding dalam pilihan raya di negara baharunya.

Bekas bintang pujaan One Direction itu berkata dia “sedikit terkejut” pada mulanya dengan kemesraan warga Amerika and merasakan negara itu “digambarkan dengan salah di seluruh dunia”.

“Tidak kira apa pun warna, jantina, seksualiti, kelas – perkara itu tidak penting di sini. Orang benar-benar mahu mengenali anda kerana diri anda. Dan Amerika seharusnya digambarkan seperti itu di seluruh dunia,” kata penyanyi berusia 25 tahun itu kepada GQ di dalam isu terbaharu majalah fesyen tersebut.

Ditanya sama ada dia akan menimbang untuk bertanding dalam pilihan raya, dia berkata: “Mungkin. Ia pasti hebat. Saya rasa ia adalah sebuah tempat yang cantik.”

Zayn, menggunakan hanya nama pertamanya sahaja sejak dia melan-carkan karier solo, adalah kacukan Pakistan dan merupakan salah seorang Muslim paling menonjol dalam muzik pop Barat.

Selepas dia meninggalkan One Direction pada 2015, Zayn berhijrah ke Los Angeles dan baru-baru ini New York selepas dia mengubah stail dengan ketara daripada kumpulan budak yang kemas, dan menyanyikan lagu-lagu yang diserap dengan R&B yang sarat dengan tarikan seks.

Ketibaannya di AS pada waktu kebangkitan Presiden Donald Trump, yang sewaktu berkempen menuntut larangan ke atas kemasukan orang Muslim ke negara itu.

Namun Zayn berkata satu kesan daripada iklim politik di sana ialah rakyat Amerika “menyuarakan apa yang mereka rasa sebenarnya tentang asal usul mereka dan warisan mereka dan latar belakang mereka”.

“Jadi itulah perasaan saya mengenainya – ia adalah tempat yang indah, dan sekarang adalah masa yang indah untuk hidup.”

— AFP

Advertisement