Anda di sini

Tiada haiwan kebuluran di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Advertisement
 Christina (dua kiri) memeriksa keadaan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi bersama Rosmadi (dua kanan), Augustine (tiga kanan) dan Rosa (kanan).
LIHAT SENDIRI: Christina (dua kiri) memeriksa keadaan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi bersama Rosmadi (dua kanan), Augustine (tiga kanan) dan Rosa (kanan).

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri Christina Liew menafikan dakwaan bahawa haiwan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi sedang ‘mati kelaparan’.

Sebaliknya, selepas mengadakan lawatan ke taman itu pada Khamis, beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mendapati bahawa haiwan itu kelihatan terlalu makan berlebihan.

“Lawatan di sini hari ini (Khamis) adalah pengalaman untuk saya melihat sendiri. Selepas beberapa hari dan minggu mengenai ‘keributan’ tentang status dan kedudukan taman hidupan liar, saya dan pegawai kementerian saya memutuskan untuk membuat lawatan peribadi ke tempat ini.

“Secara keseluruhan saya rasa bahawa kita agak gembira dengan keadaan ini, tuduhan bahawa haiwan yang mati akibat kebuluran tidak timbul, sebaliknya sesetengah haiwan kelihatan seperti lebih besar, mereka terlalu gemuk,” katanya sambil menambah, taman itu telah dijaga dengan baik dan bersih.

Minggu lalu, sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah menyeru kementerian Christina untuk melihat keadaan teruk yang dialami oleh haiwan di taman itu.

Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk meluangkan masa untuk melawat taman hidupan liar lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah sekarang.

Sementara itu, Christina juga mencadangkan agar pengusaha pelancongan di negeri ini memasukkan Taman Hidupan Liar Lok Lawi sebagai salah satu tempat pelancongan utama di negeri ini kerana banyak haiwan yang dilihat di taman berkenaan boleh ditemui di Sabah.

Mengenai cabaran yang dihadapi oleh taman berkenaan, beliau berkata kementeriannya akan bersedia untuk menerajui perancangan yang lebih mendalam bagi menangani perkara itu.

“Saya menggalakkan kementerian dan jabatan (Jabatan Hidupan Liar) mengemukakan apa yang mereka fikir terbaik untuk memperluaskannya (taman hidupan liar). Berikan cadangan kepada pegawai kanan untuk mereka kemukakan kepada kementerian,” katanya.

Beliau menegaskan ia akan sentiasa menjadi cabaran dalam mengekalkan taman hidupan liar, kerana haiwan-haiwan baharu akan sentiasa tiba dan memerlukan taman itu untuk menyesuaikan keadaannya dari semasa ke semasa.

Ketika ditanya mengenai cadangan mendirikan taman hidupan liar kedua di Sugud, Christina berpendapat tidak ada keperluan untuk membina sebuah taman lain kerana taman yang ada sekarang masih dapat menampung semua haiwan.

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memperbaiki kemudahan taman sedia ada.

Beliau juga berpendapat bahawa lokasi taman yang ada sekarang sangat strategik (kerana berhampiran dengan pusat bandar) dan oleh itu mudah diakses.

Difahamkan, Taman Hidupan Liar Lok Kawi diberi RM4.2 juta untuk makanan dan RM2.5 juta untuk penyelenggaraan setahun. Rata-rata, ia boleh menjana RM1.5 setahun.

Semasa lawatan itu, Christina diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Datu Rosmadi Datu Sulai, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga dan pegawai veterinar dari Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Dr Rosa Sipangkui.

Advertisement