Anda di sini

Pogba puji kecergasan Kante

Advertisement
 Aksi Kante (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan C di antara Perancis dan Peru di Ekaterinburg Arena. — Gambar AFP
TANGKAS: Aksi Kante (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan Piala Dunia Kumpulan C di antara Perancis dan Peru di Ekaterinburg Arena. — Gambar AFP

YEKATERINBURG: Paul Pogba memberi penghormatan kepada pemain tengah N’Golo Kante selepas Perancis mara ke peringkat 16 terakhir Piala Dunia kelmarin dengan menyatakan: “Dia mempunyai 15 paru-paru.”

Perancis menewaskan Peru 1-0 di Yekaterinburg untuk mara ke peringkat kalah mati dengan baki satu perlawanan lagi.

Pasukan Perancis bermain bertahan kebanyakan waktu di separuh masa kedua tetapi Kante, pemain tengah Chelsea, ada di mana-mana apabila dia bermain di hadapan barisan pertahanannya yang bekerja lebih masa.

“Semua kami sangat bagus, bersama. Tetapi dengan NG (Kante) ia lebih mudah lagi, dia berlari merata tempat, dia mempunyai 15 paru-paru,” kata Pogba, bintang Manchester United yang biasanya tidak begitu ceria dan ramah apabila dia bermain untuk Perancis.

“Bola sepak jauh lebih mudah bersama pemain seperti itu, ia adalah satu persembahan berpasukan yang hebat.”

Bercakap kepada wartawan, Pogba, 25, menambah: “Kami memenangi dua perlawanan kami setakat ini, kita sudah melihat beberapa pasukan yang sangat besar di sini yang belum berjaya berbuat demikian.”

Perancis akan menentang Denmark pada Selasa depan dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka. — AFP

Advertisement