Anda di sini

Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Dumex Farley pada 8 Julai

Advertisement
 Sia (dua kanan) bersama Teo Seng Hui (kiri) dan Hii Siew Kuok (kanan) merakam gambar dengan beberapa hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak di Bintulu.
MENARIK: Sia (dua kanan) bersama Teo Seng Hui (kiri) dan Hii Siew Kuok (kanan) merakam gambar dengan beberapa hadiah yang ditawarkan untuk pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak di Bintulu.

BINTULU: Farley Mini Market Bintulu akan menganjurkan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Dumex Farley 2018 pada jam 8 pagi 8 Julai akan datang di premis Farley Mini Market Medan Jaya di sini.

Penyelaras peraduan Sia Wei Tiung berkata, peraduan itu terbuka untuk tiga kumpulan umur membabitkan kumpulan A untuk murid-murid tahun empat hingga enam, kumpulan B (murid tahun satu hingga 3) dan kumpulan C (kanak-kanak tadika) dengan acara untuk kumpulan A bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi.

Diikuti dari jam 8 pagi hingga 9.30 pagi untuk kumpulan B dan dari jam 8 pagi hingga 9 pagi untuk kumpulan C.

“Hadiah yang ditawarkan berupa hamper, piala, hadiah iringan lain dan cenderamata percuma untuk ketiga-tiga kategori itu yang membabitkan johan, naib johan, tempat ketiga dan 10 hadiah saguhati, termasuk 10 hadiah galakan lainnya,” katanya di sini semalam.

Katanya, borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Kad Keluarga Farley dan tarikh tutup penyertaan 6 Julai.

“Sasaran penyertaan adalah 1,000 kanak-kanak dan setiap peserta akan menerima cenderamata,” tambahnya.

Advertisement