Anda di sini

Pelaksanaan pembinaan BBP Putatan diteruskan

Advertisement
MOHAMMAD Hamdan
MOHAMMAD Hamdan

KOTA KINABALU: Proses pembinaan balai bomba baharu di Putatan tetap diteruskan dengan pelaksanaan beberapa proses berkaitan terhadap pihak tertentu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid berkata setakat ini tapak pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) sudah dikenalpasti dan proses pemilikan tanah terbabit juga sudah dibuat.

"Kita sudah mengenalpasti tapak tanah bersebelahan pasar raya Survey bagaimanapun beberapa proses berkaitan masih dijalankan sebelum proses pembinaan lanjut dilaksanakan," katanya.

Menurutnya dalam perkembangan pembinaan BBP lain beliau berkata BBP Kimanis dijangka beroperasi bulan hadapan.

"Proses pembinaan bagi BBP Kimanis kini sudah siap sebanyak 98 peratus dan selepas mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ianya akan mula beroperasi serta merta.

"Bagi BBP Sook dan Pitas yang dibina mengambil kos kira-kira RM5 juta setiap balai dijangka siap sepenuhnya September depan," katanya.

Beliau juga mengharapkan agar dengan adanya pembinaan BBP baharu ini dapat memendekkan 'Respin Time' ke lokasi kejadian dan mampu menyelamatkan lebih banyak nyawa serta harta benda.

  • oleh
  • Advertisement