Anda di sini

Mosar menerima elaun tetap bulanan penghargaan tugas di gunung

Advertisement
MOHAMMAD Hamdan Wahid
MOHAMMAD Hamdan Wahid

KOTA KINABALU: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) menerima elauan tetap bulanan sebagai penghargaan terhadap tugas pasukan itu melaksanakan pelbagai tugas di Gunung Kinabalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid berkata elaun bulanan yang diberikan pihak JBPM itu adalah dilihat sebagai pemberian istimewa kepada setiap anggota Mosar di Sabah.

Katanya beliau juga melihat tugas yang ditunjukkan anggota Mosar adalah satu sumbangan besar berikutan melaksanakan dua kerja sekaligus iaitu tugas hakiki sebagai malim gunung dan turut melaksanakan kerja menyelamat jika berlakunya kecemasan di gunung.

"Bermula Mei lalu anggota pasukan Mosar mula menerima pembayaran secara elauan bulanan berbanding pembayaran sebanyak RM6 mengikut jumlah masa bertugas sebelum ini.

"Pemberian elaun tetap ini diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dalam kalangan anggota bomba sendiri tetapi dapat membantu meningkatkan semangat menjalankan tugas anggota terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan di sini.

Turut hadir Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi dan Timbalannya Zuraidah Latip serta lebih 500 warga JBPM dan keluarga seluruh Sabah.

  • oleh
  • Advertisement