Anda di sini

'Masih ada yang sayang'

Advertisement

120 keluarga murid SK Kapayan kurang mampu terima bantuan Aidilfitri


KOTA KINABALU: Seramai 120 keluarga murid kurang berkemampuan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kapayan, di sini menerima bantuan Aidilfitri baru-baru ini.

Mereka menerima bantuan berupa duit raya daripada Pusat Zakat Sabah (PZS) dan barang keperluan asas yang disumbangkan Sazarice dan Badan Amal Pertubuhan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Anak Sabah (MAS), ibu bapa pelajar dan individu.

SUHAIMI dan Hambali selepas menyampaikan sumbangan di rumah keluarga Al-Sadat di Kg. Ganang.
SUHAIMI dan Hambali selepas menyampaikan sumbangan di rumah keluarga Al-Sadat di Kg. Ganang.

Sumbangan di bawah Program 'Masih ada yang sayang' ini diterima daripada para penderma sekaligus usaha murni pihak sekolah membantu meringankan bebanan muridnya yang tidak bernasib baik tercapai.

Guru Besar SK Kapayan Hambali Haji Suhib ketika ditemui di sekolah itu melahirkan rasa syukur kerana program yang diusulkan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkenaan telah mendapat sokongan daripada Mas di bawah presidennya Suhaimi Buang dan berharap program ini akan terus mendapat sokongan dan menjadi aktiviti tahunan.

SUHAIMI dan ahli ahli Mas merakamkan kenengan bersama guru dan PIBG SK Kapayan.
SUHAIMI dan ahli ahli Mas merakamkan kenengan bersama guru dan PIBG SK Kapayan.

Sementara Suhaimi yang ditemui berkata, pihak Mas akan sentiasa membuat kerja-kerja kebajikan terutama dalam membantu masyarakat yang memerlukan di negeri ini.

"Kami akan sentiasa memantau dan membatu kerajaan yang ada sekarang ini," tegasnya.

Seramai 20 orang ahli Mas turut hadir pada program itu.

HAMBALI (dua kiri) memberikan penerangan sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.
HAMBALI (dua kiri) memberikan penerangan sebelum memulakan lawatan ke rumah penerima.

Untuk program kali ini pihak Mas telah menyumbangkan barang keperluan termasuk 102 kampet beras 5 kilogram Sazarice dan hasil kutipan kerja sama ahli-ahli Mas.

Dalam pada itu, para penerima yang ditemui berharap program murni itu akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Nadia Jacob, berkata sumbangan yang diterima dapat membantu serba sedikit persiapan menyambut Aidilfitri keluarganya.

AHLI- ahli Mas mengangkat sumbangan beras untuk diserahkan kepada pihak sekolah.
AHLI- ahli Mas mengangkat sumbangan beras untuk diserahkan kepada pihak sekolah.

Sebanyak tiga buah rumah telah diziarahi iaitu rumah keluarga Al-Sadat di Kg. Ganang, keluarga Demenik di Kapayan Ridge dan keluarga Anwar di Kapayan.

Dalam pada itu Suhaimi merakamkan ucapan terimakasih kepada semua ahli Mas yang telah memberikan sumbangan untuk disampaikan dalam program berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement