Anda di sini

Lima kenderaan remuk dalam pelanggaran berangkai

Advertisement
 Keadaan salah sebuah kereta yang kemek bahagian belakang akibat kemalangan berangkai tersebut.
ROSAK: Keadaan salah sebuah kereta yang kemek bahagian belakang akibat kemalangan berangkai tersebut.

MIRI: Lima pemandu bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan berangkai di Jalan Miri-Bintulu berhadapan Kem Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini, pagi semalam.

Kemalangan melibatkan tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan dua kereta itu terjadi sekitar jam 9 pagi.

Difahamkan, sebelum kemalangan berlaku, sebuah kenderaan pada mulanya memperlahankan kelajuan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila empat kereta di belakangnya tidak sempat berhenti lalu melanggar bahagian belakang setiap kereta terbabit.

Kemalangan berangkai itu menyebabkan bahagian belakang dan hadapan beberapa kereta itu mengalami kesan kemek akibat rempuhan.

Advertisement