Anda di sini

Farley Run 2018 di Bintulu pada 19 Ogos

Advertisement
 Sia Wei Tiung, Teo dan Hii Siew Kuok (dari kiri) menunjukkan program Farley Run anjuran Farley Mini Market Bintulu pada 19 Ogos.
ULANG TAHUNKE-30: Sia Wei Tiung, Teo dan Hii Siew Kuok (dari kiri) menunjukkan program Farley Run anjuran Farley Mini Market Bintulu pada 19 Ogos.

BINTULU: Farley Mini Market Bintulu akan menganjurkan Farley Run 2018 sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan pasar raya itu yang diasaskan pada 1988.

Penyelaras program Teo Seng Hui berkata, penyertaan untuk program larian itu terbuka untuk semua penduduk Malaysia dan bagi pemegang kad ahli berdaftar Farley, mereka layak mendapat dua penyertaan di mana pendaftaran telah dibuka sejak 13 Jun.

Katanya, mereka yang mendaftar awal akan dikenakan yuran RM30 sehingga 15 Julai ini, manakala yuran RM50 dikenakan bagi mereka yang mendaftar selepas 15 Julai.

Larian tersebut dirancang sejauh enam kilometer bermula jam 6.30 pagi, 19 Ogos depan di Farley Mini Market Bintulu.

“Sasaran kami adalah untuk mendapatkan sekitar 2,000 peserta dan penyertaan terbuka untuk pemegang kad ahli Farley,” ujarnya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk maklumat terkini layari Facebook Farley di www.facebook.com/farleybintulusarawak dan peserta yang berjaya menamatkan larian itu akan menerima beg cenderamata dan pingat penamat larian.

Keterangan lanjut dan syarat penyertaan boleh didapati pada borang yang boleh diperolehi di premis Farley terbabit atau menghubungi Teo Seng Hui di talian 019-8185901 dan Hii Siew Kuok (017-8770928).

Advertisement