Anda di sini

Angin kencang jejas 10 rumah di Kampung Awat-Awat

Advertisement
 Angin kencang berlaku lewat petang kelmarin menyebabkan bahagian atap rumah tersebut musnah diterbangkan angin.
FENOMENA ALAM: Angin kencang berlaku lewat petang kelmarin menyebabkan bahagian atap rumah tersebut musnah diterbangkan angin.

LAWAS: Angin kencang yang berlaku lewat petang kelmarin menyebabkan sepuluh rumah di Kampung Awat-Awat di sini mengalami kerosakan teruk.

Angin kencang menyebabkan atap kebanyakan rumah di situ berterbangan dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.05 petang.

“Dalam kejadian itu, seramai 48 orang daripada sepuluh keluarga terjejas akibat kerosakan pada rumah mereka.

“Pasukan bomba bertindak mengambil maklumat mangsa yang terlibat memandangkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, semalam.

Menurut Edmund, pasukannya juga telah memberi sokongan moral kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kami turut memberi maklumat koordinasi agensi berkaitan bagi mangsa yang memerlukan bantuan.

“Setelah mendapati keadaan terkawal, pasukan bomba bertolak pulang ke balai,” katanya.

Dua anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Mafri Abdul Latip ditugaskan meninjau keadaan kejadian di Kampung Awat-Awat kelmarin.

Advertisement