Anda di sini

10,000 penduduk hadir rumah terbuka Aidilfitri Sepanggar

Advertisement
SHAFIE ketika tiba di majlis itu.
SHAFIE ketika tiba di majlis itu.

KOTA KINABALU: Cuaca hujan tidak menghalang kira-kira 10,000 masyarakat dari sekitar Parlimen Sepanggar hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Sepanggar anjuran bersama Grand Merdeka Raya ERA, hari ini.

Majlis itu mula dipenuhi rakyat Sepanggar seawal jam 8.30 pagi sehinggalah waktu tengahari.

Sebanyak 11 khemah dibuka bagi menyediakan pelbagai jenis juadah hari raya kepada orang ramai.

KENNY (kanan) dan Chew (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
KENNY (kanan) dan Chew (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuib, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Stephen Wong, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang, Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam Kenny Chua, Adun Karambunai Azhar Matussin, Bekas Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Pengarah Eksekutif Grand Merdeka Development Sdn Bhd Chew Sang Hai serta tetamu kehormat yang lain.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada rakyat Sepanggar kerana memberikan mandat kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan itu.

ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.
ANTARA pengunjung yang hadir dalam majlis itu.

"Saya berterima kasih kepada rakyat di sini kerana menyokong Warisan dan PKR sehingga kita menang di sini.

"Saya percaya dengan kemenangan ini, kita akan memikul tanggungjawab besar seperti mana diharapkan rakyat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement